Kasih dan karunianya Kristus
atas kita telah menyelamatkan kita. Melalui apa semua ini terjadi? Melalui iman.
Darimana datangnya iman ini? Semestinya
dari Allah. Seperti firman Allah di dalam Efesus 2:8 “…pemberian Allah”,
Sesungguhnya kita yang menerima
keselamatan dari Yeshua
mempunyai iman yang datang dari Allah (fikir dan renungkan sejenak). Dengan iman ini kita
menerima hakikat bahawa kita telah disalibkan dengannya. Paulus menyatakan bahawa
diri
kita yang lama sudah disalib bersama kematian Kristus di atas kayu salib. Sama
seperti Paulus, kini kita juga boleh mengatakan “Aku telah disalibkan dengan
Kristus, namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup”(…melainkan
Kristus yang hidup di dalam aku”). Sesungguhnya Dia yang mematuhi dalam diri
kita. Inilah satu-satunya “Aku” yang kita dibenarkan. Bukanlah Paulus
itu berkata “Aku akan cuba mengikuti dia” atau “Aku nekad untuk mati” tetapi
dia mengatakan “Aku telah disalibkan”.
Kerana semua ini adalah pemberian
Allah kepada kita, maka janganlah ada yang bermegah diri. (Keperluan kita
hanyalah mengikuti ajaran dan berhubungan intim denganNya). Amal kebaikan yang
kita lakukan selama ini tidaklah cukup untuk mendapatkan tiket masuk syurga. Adakah Dia memerlukan kita berbuat baik? Berapa
banyak kebaikan yang perlu kita lakukan? Bagaimana kamu yakin bahawa segala
perbuatan baik yang dilakukan itu dapat membawa kamu ke syurga? Ya, memang kita
perlu berbuat baik tapi kebaikan yang kita perbuat itu perlulah hasil iman kita yang datang dalam Yeshua. Sebab
dengan keimanan kita kepada Kristus yang menjadi Juruselamat dan Penebus, Dia
menciptakan kita menjadi satu manusia baru di dalam diri kita. Untuk apa semua
ini? Kerana pekerjaan baik yang Dia telah rancangkan untuk kita sedari awal, Pekerjaan
yang DIA pilih untuk kita – maka janganlah ada yang bermegah diri. Karena kita
ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan
baik, maka janganlah ada yang berkata bahawa ini semua hasil pekerjaanku
sendiri.