Hidup kita di dunia ini secara fitrahnya adalah mengikut dua hukum Akal
(dalam dunia alam semesta akal) dan Hukum Wahyu (dalam dunia alam semesta
wahyu). Hukum Akal secara konteksnya adalah bagaimana seseorang itu berfikir
mengenai sesuatu perkara dan hum Wahyu pula berkait rapat dengan keimanan/kepercayaan.
Kebijaksanaan Tuhan adalah melalui kedua-dua Hukum Alam ini, bilamana
kedua-duanya dapat menginterpretasikan antara satu sama lain. Yesus Kristus
adalah ungakapan kebijaksanaan Tuhan (“expression of God’s wisdom).
Sesungguhnya Yesus sentiasa berada dalam Hukum Wahyu yang berkait rapat dengan
keimanan itu. Bagi Yesus , adalah satu kebodahan bagi sesiapa yang hanya
beriman kepada Hukum Akal semata-mata tapi menolak Hukum Wahyu. Bicara mengenai
Hukum Wahyu ialah sesuatu yang kita tidak mampu untuk melihatnya melalui mata
kasar. Kita tidak akan memahami Ajaran Yesus mengenai Hukum Wahyu itu selagi
kita tidak menyertai Yesus ke Dunianya. Melalui Yesuslah kita mengetahui bahawa
kedua-dua hukum itu perlu disatukan. Penyatuan kedua-dua hukum dalam hidup kita
adalah melalui Roh Kudus.
Di dalam fakulti Hukum Akal ini telah mewujudkan “sifat ingin tahu” dalam
diri kita dalam domain Yesus. Sifat ingin tahu tidak lagi memerintah kita.
Sifat ini diganti dengan pematuhan kepada Yesus. Barangsiapa mahu melakukan
kehendak-Nya, Ia akan tahu... (Yohanes 7:17). Jika kita berusaha untuk mencari
jawapan untuk setiap persoalan yang timbul terhadap dan mengenai dunia yang
kita diami ini nescaya kita akan menemuinya. Tuhan tidak menyukai orang yang
ada padanya sifat malas. Sesungguhnya Tuhan telah memberikan kepada kita
Petunjuk supaya kita boleh mencari jawapan untuk setiap persoalan. Tetapi
apabila kita memasuki Hukum Wahyu (alam semesta wahyu) pendedahan yang dibuat
oleh Yesus, tidak terhitung banyaknya dan tak tercapai di akal kita. Kita tidak
boleh melihat Tuhan apatal lagi menyentuhnya. Kerana keupayaan akal kita yang
terbatas ini menyebabkan kita seringkali mempertikaikan Tuhan itu. Kita tidak
boleh mendapatkan Tuhan itu melalui fizikal kita sahaja. Akal kita yang
terbatas ini menyebabkan kita merasakan Tuhan itu tidak berkaitan dengan alam
semesta ini. Persoalannya, bagaimana untuk kita berhubung dengan alam semesta
sebagaimana Yesus memiliki dan berkata-kata dengannya? Bagaiman kita boleh
menyatukan kedua-dua alam semesta ini?
Melalui Ruh Tuhan yang berkait rapat dengan keimanan itulah yang
membolehkan kita memasuki dan patuh setiap wahyu yang diturunkan Tuhan.
Seterusnya secara perlahan-lahan kita akan memahaminya melalui penyatuan
kedua-dua hukum alam ini (yang tidak akan diluar Yesus). Pemahaman tentang
kehidupan tidak perlu sebelum kita boleh dilahirkan. Pemahaman tentang
penebusan kita (oleh Yesus) tidak perlu sebelum penebusan kita. Kedatangan
Yesus itu bukanlah agama itu wujud dan bukanpula untuk mencipta tamadun;
Hakikatnya kedua-duanya itu telah wujud sebelum kedatangan Yesus lagi.
Sesungguhnya kedatangan Yesus itu adalah untuk menjadikan kita orang beriman
dengan sebenar-benarnya yang merangkumi semua aspek. Melalui Yesus, kita dapati
tiada ajarannya yang berbentuk kategori sekular atau kategori suci; segala yang
disampaikan adalah benar dan Dia membuatkan pengikut-pengikutnya menjaid
sepertinya.
No comments:
Post a Comment