Seseorang telah menulis kata-kata yang indah ini..
- Solat itu bukanlah "tayar ganti" yang kamu keluarkannya ketika dilanda kesusahan, tetapi ia adalah "stereng" yang menunjukkan jalan yang benar sepanjang hayat.
- Mengapa cermin hadapan kereta itu begitu besar & cermin pandang belakangnya begitu kecil? Kerana masa lalu itu tidak penting seperti masa hadapan. Maka, teruskanlah bergerak untuk melangkah ke hadapan.
- Persahabatan itu ibarat sebuah buku, hanya mengambil masa yang singkat untuk dibakar tetapi bertahun-tahun untuk ditulisnya.
- Hidup ini hanya sementara, Jika ia berjalan dengan baik, Nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan buruk, janganlah bersedih, ia juga takkan kekal lama..
- Teman-teman lama ibarat emas, teman-teman baru ibarat berlian, jika kamu mendapat sebutir berlian, jangan dilupakan emas itu kerana untuk memegang sebutir berlian, kamu masih memerlukan tapak emas.
- Acapkali, ketika kita hilang harapan dan merasakan inilah pengakhirannya, Tuhan tersenyum dari atas dan berkata “bertenanglah sayangku, ini hanyalah liku, bukannya penamat!”
- Apabila Tuhan menyelesaikan masalahmu, Kamu percaya akan kemampuanNya ; bila Dia tidak menyelesaikan masalahmu kerana Dia percaya akan kemampuanmu.
- Seseorang yang buta bertanya kepada seorang yang bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih buruk berbanding kehilangan penglihatan?'' ''Dia menjawab. ''ya, bila kita hilang tujuan hidup!''
- Ketika anda mendoakan orang lain, Tuhan mendengar nya dan merahmati mereka; dan kadang kala apabila kamu sedang berbahgia dan bergembira, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan kamu.
- Rasa bimbang tidak akan menghilangkan masalah hari esok , ia hanya menghilangkan kedamaian hari ini..
No comments:
Post a Comment