Wednesday, November 6, 2013

Bits of Gospel in Malay


Lukas Fasal 5 Ayat 12-16


12. Pada suatu kali Isa berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Isa, dia meniarap lalu memohon kepada- Nya, "Tuan, jikalau Tuan mahu, Tuan berkuasa untuk menyembuhkan saya"

13. Lalu Isa pun menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh dia sambil berkata, "Saya mahu. Sembuhlah engkau!" Seketika itu juga penyakit kustanya hilang.

14. Isa berpesan kepadanya, "Jangan beritahu hal ini kepada sesiapa pun melainkan pergi tunjukkan dirimu kepada imam dan persembahkan suatu korban untuk penyembuhanmu, seperti yang ditetapkan oleh Musa untuk membuktikan kepada semua orang bahawa engkau kini sudah sembuh"

15. Akan tetapi, perkhabaran tentang Isa tersebar lebih meluas dan banyak orang datang untuk mendengar ajaran-Nya dan memohon Nya menyembuhkan penyakit mereka.

16. Tetapi Isa kerapkali pergi ke tempat yang sunyi untuk berdoa.
 

Lukas Fasal 5 Ayat 27 -32

27 Kemudian Isa keluar dan nampak seorang pemungut cukai yang bernama Lewi sedang duduk di tempat orang membayar cukai. Isa berkata kepadanya, "Ikutlah Aku!"

28 Lewi bangun, meninggalkan semuanya dan mengikut Isa.

29. Lewi menyediakan suatu jamuan besar untuk Isa dirumahnya. Ada banyak pemungut cukai dan orang lain yang turut duduk bersama-sama dengan mereka.

30. Orang Farisi dan ahli - ahli Taurat yang semazhab bersungut-sungut kepada pengikut- pengikut Isa,
"Mengapakah kamu makan dan minum bersama-sama dengan pemungut-pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?

31 Isa menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukan orang sihat.

32 Aku bukannya datang untuk memanggil orang yang benar melainkan orang berdosa supaya mereka bertaubat"

"semazhab" - same sect

"tabib"- physician


Lukas Fasal 6 Ayat 27, Ayat 32-33
27 "Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata demikian, kasihilah seterumu, berbuat baik kepada orang yang membencikan kamu,

28 rahmatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu"

32 Jikalau kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah kelebihanmu? Malah orang jahat pun mengasihi orang yang mengasihi mereka.

33 Dan jikalau kamu membalas baik kepada orang yang berbuat baik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang jahat pun berbuat begitu".

"seterumu"- foe

"rahmatilah"- blessing

No comments:

Post a Comment