Friday, November 22, 2013

Kata-kata Indah

Seseorang telah menulis kata-kata yang indah ini..
  1. Solat itu bukanlah "tayar ganti" yang kamu keluarkannya ketika dilanda kesusahan, tetapi ia adalah "stereng" yang menunjukkan jalan yang benar sepanjang hayat.   
  2. Mengapa cermin hadapan kereta itu begitu besar & cermin pandang belakangnya begitu kecil? Kerana masa lalu itu tidak penting seperti masa hadapan. Maka, teruskanlah bergerak untuk melangkah ke hadapan.
  3. Persahabatan itu ibarat sebuah buku, hanya mengambil masa yang singkat untuk dibakar tetapi bertahun-tahun untuk ditulisnya.
  4. Hidup ini hanya sementara, Jika ia berjalan dengan baik, Nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan buruk, janganlah bersedih, ia juga takkan kekal lama..
  5. Teman-teman lama ibarat emas, teman-teman baru ibarat berlian, jika kamu mendapat sebutir berlian, jangan dilupakan emas itu kerana untuk memegang sebutir berlian, kamu masih memerlukan tapak emas.
  6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan merasakan inilah pengakhirannya, Tuhan tersenyum dari atas dan berkata “bertenanglah sayangku, ini hanyalah liku, bukannya penamat!”
  7. Apabila Tuhan menyelesaikan masalahmu,  Kamu percaya akan kemampuanNya ; bila Dia tidak menyelesaikan masalahmu kerana Dia percaya akan kemampuanmu.
  8. Seseorang yang buta bertanya kepada seorang yang bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih buruk berbanding kehilangan penglihatan?'' ''Dia menjawab. ''ya, bila kita hilang tujuan  hidup!''
  9. Ketika anda mendoakan orang lain, Tuhan mendengar nya dan merahmati mereka; dan kadang kala apabila kamu sedang berbahgia dan bergembira, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan kamu.
  10. Rasa bimbang tidak akan menghilangkan masalah hari esok , ia hanya menghilangkan kedamaian hari ini..

No comments:

Post a Comment