Monday, March 11, 2013

Notes



Hidup kita di dunia ini secara fitrahnya adalah mengikut dua hukum Akal (dalam dunia alam semesta akal) dan Hukum Wahyu (dalam dunia alam semesta wahyu). Hukum Akal secara konteksnya adalah bagaimana seseorang itu berfikir mengenai sesuatu perkara dan hum Wahyu pula berkait rapat dengan keimanan/kepercayaan. Kebijaksanaan Tuhan adalah melalui kedua-dua Hukum Alam ini, bilamana kedua-duanya dapat menginterpretasikan antara satu sama lain. Yesus Kristus adalah ungakapan kebijaksanaan Tuhan (“expression of God’s wisdom). Sesungguhnya Yesus sentiasa berada dalam Hukum Wahyu yang berkait rapat dengan keimanan itu. Bagi Yesus , adalah satu kebodahan bagi sesiapa yang hanya beriman kepada Hukum Akal semata-mata tapi menolak Hukum Wahyu. Bicara mengenai Hukum Wahyu ialah sesuatu yang kita tidak mampu untuk melihatnya melalui mata kasar. Kita tidak akan memahami Ajaran Yesus mengenai Hukum Wahyu itu selagi kita tidak menyertai Yesus ke Dunianya. Melalui Yesuslah kita mengetahui bahawa kedua-dua hukum itu perlu disatukan. Penyatuan kedua-dua hukum dalam hidup kita adalah melalui Roh Kudus.

Di dalam fakulti Hukum Akal ini telah mewujudkan “sifat ingin tahu” dalam diri kita dalam domain Yesus. Sifat ingin tahu tidak lagi memerintah kita. Sifat ini diganti dengan pematuhan kepada Yesus. Barangsiapa mahu melakukan kehendak-Nya, Ia akan tahu... (Yohanes 7:17). Jika kita berusaha untuk mencari jawapan untuk setiap persoalan yang timbul terhadap dan mengenai dunia yang kita diami ini nescaya kita akan menemuinya. Tuhan tidak menyukai orang yang ada padanya sifat malas. Sesungguhnya Tuhan telah memberikan kepada kita Petunjuk supaya kita boleh mencari jawapan untuk setiap persoalan. Tetapi apabila kita memasuki Hukum Wahyu (alam semesta wahyu) pendedahan yang dibuat oleh Yesus, tidak terhitung banyaknya dan tak tercapai di akal kita. Kita tidak boleh melihat Tuhan apatal lagi menyentuhnya. Kerana keupayaan akal kita yang terbatas ini menyebabkan kita seringkali mempertikaikan Tuhan itu. Kita tidak boleh mendapatkan Tuhan itu melalui fizikal kita sahaja. Akal kita yang terbatas ini menyebabkan kita merasakan Tuhan itu tidak berkaitan dengan alam semesta ini. Persoalannya, bagaimana untuk kita berhubung dengan alam semesta sebagaimana Yesus memiliki dan berkata-kata dengannya? Bagaiman kita boleh menyatukan kedua-dua alam semesta ini?

Melalui Ruh Tuhan yang berkait rapat dengan keimanan itulah yang membolehkan kita memasuki dan patuh setiap wahyu yang diturunkan Tuhan. Seterusnya secara perlahan-lahan kita akan memahaminya melalui penyatuan kedua-dua hukum alam ini (yang tidak akan diluar Yesus). Pemahaman tentang kehidupan tidak perlu sebelum kita boleh dilahirkan. Pemahaman tentang penebusan kita (oleh Yesus) tidak perlu sebelum penebusan kita. Kedatangan Yesus itu bukanlah agama itu wujud dan bukanpula untuk mencipta tamadun; Hakikatnya kedua-duanya itu telah wujud sebelum kedatangan Yesus lagi. Sesungguhnya kedatangan Yesus itu adalah untuk menjadikan kita orang beriman dengan sebenar-benarnya yang merangkumi semua aspek. Melalui Yesus, kita dapati tiada ajarannya yang berbentuk kategori sekular atau kategori suci; segala yang disampaikan adalah benar dan Dia membuatkan pengikut-pengikutnya menjaid sepertinya.

No comments:

Post a Comment